Biasiswa 2019 | Biasiswa Terkini 2019 | Malaysia Scholarships 2019 | Biasiswa JPA | Shell Scholarships | Maybank Scholarships | Tawaran Biasiswa | Petronas Scholarships | Biasiswa SLAM 2019

Monday, 7 November 2016

Program Khas Kakitangan Awam 2016

| Monday, 7 November 2016

Program Khas Kakitangan Awam 2016

Program Khas Kakitangan Awam 2016

Pemohon mestilah terdiri daripada pegawai/ kakitangan awam yang berkhidmat di Jabatan/ Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor yang berpotensi dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Lanjutan dengan memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

1. Pemohon merupakan pegawai / kakitangan Kerajaan Negeri bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dalam semua skim perkhidmatan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan secara tetap;
2. Pemohon telah disahkan dalam jawatan;
3. Pemohon bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib;
4. Pemohon  mempunyai  Laporan  Nilaian  Prestasi  Tahunan  (LNPT)  yang cemerlang (purata 85% markah minimum untuk tiga (3) tahun berturut-turut);
5. Pemohon telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah/ Sarjana (Master)/ Doktor Falsafah (Ph.D) secara sambilan di IPTA/ IPTS Tempatan;
6. Pemohon  tidak  mengikuti  pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada kelayakan yang sedia ada dimiliki;
7. Bidang pengajian adalah berkaitan dengan tugas pemohon dan dianggap perlu atas dasar kepentingan perkhidmatan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan;
8. Pemohon belum/ tiada menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja; dan
9. Pemohon telah memperolehi pencapaian akademik yang baik di peringkat Ijazah  Pertama dengan PNGK / CGPA sekurang-kurangnya 2.50.

Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun. Borang permohonan boleh dimuat turun disini Info lanjut klik disini

Related Posts

No comments:

Post a Comment