Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Yayasan Tenaga Nasional - Tawaran Pinjaman Boleh Ubah 2017

Yayasan Tenaga Nasional - Tawaran Pinjaman Boleh Ubah 2017

Tawaran Pinjaman Boleh Ubah 2017

Yayasan Tenaga Nasional Berhad Offer Tawaran Pinjaman Boleh Ubah 2017

Syarat Akademik - Peringkat Diploma
Bidang Kejuruteraan
Lulus SPM dengan memperolehi aggregate tidak melebihi 25 unit *(<25 unit)  dalam kombinasi lima (5) subjek yang berkaitan termasuk Bahasa Melayu dan 4 subjek terbaik daripada subjek-subjek berikut :-
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Bahasa Inggeris

Bidang bukan kejuruteraan
Lulus SPM dengan memperolehi aggregate tidak melebihi 25 unit *(<25 unit)  dalam kombinasi lima (5) subjek yang berkaitan termasuk Bahasa Melayu dan 4 subjek terbaik daripada subjek-subjek berikut :-
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains/ Fizik/ Matematik Tambahan/ Kimia/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Sejarah/ Geografi

atau pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut :
- Pendidikan Moral/ Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi)/ Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah

Kejuruteraan
- Kejuruteraan Elektrik Kuasa
- Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal

Asas Bukan Kejuruteraan
Teknologi Maklumat
- Sains Komputer
- Perakaunan
- Kewangan
- Ekonomi
- Pengajian Bisnes
- Undang-undang

SYARAT AKADEMIK - PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
- Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.00 atau
- Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) dalam bidang yang berkaitan atau
- Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.

SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN
1. Pelajar hendaklah berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1/1/2017.
2. Permohonan ini layak untuk anak anggota kerja TNB dan anak-anak syarikatnya sahaja.
3. Telah mendapat tempat di Universiti Awam.
4. Bagi para pelajar yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (PNGK > 3.00) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini. (Semester 2, 2016 /2017)
5. Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dalam satu keluarga pada satu masa, iaitu seorang di UA dan seorang di UNITEN.
6. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah tidak layak memohon.
 
PENGHANTARAN DOKUMEN
- Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan.
- Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-
  Pengarah

Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70
Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor Darul Ehsan

Tarikh Tutup
18 September 2017

Jenis Pinjaman
Tawaran hanya terbuka untuk anak anggota kerja TNB dan anak-anak syarikatnya sahaja yang layak memohon.

Nilai Bantuan Pinjaman
Diploma : RM 5,000 setahun
Ijazah : RM 7,000 setahun

LAIN-LAIN
- Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan
- Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Info lanjut klik di sini
Yayasan Tenaga Nasional - Tawaran Pinjaman Boleh Ubah 2017 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Yayasan Tenaga Nasional - Tawaran Pinjaman Boleh Ubah 2017"

Back To Top