Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2017

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2017

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2017

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) 2017 ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2017/2018 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA.

b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT- ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.

 Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang, Yayasan Peneraju dan INTEC Education College.
 Permohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Certified Accounting Technician (CAT) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College

Tarikh Tutup
7 April 2017

Cara Memohon 
Info cara memohon klik disini Info lanjut klik disini
Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2017 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2017"

Back To Top