Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Permohonan Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak Sesi Pengajian 2017/2018

Permohonan Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak Sesi Pengajian 2017/2018

Permohonan Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak Sesi Pengajian 2017/2018

Permohonan adalah terbuka kepada anak-anak Sarawak yang mempunyai keputusan akademik yang
cemerlang memohon Skim Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak 2017 untuk melanjutkan pelajaran di Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University of Technology Miri Campus dan University College of Technology Sarawak, Sibu .

(A) Kriteria Permohonan
i. Terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan peringkat Matrikulasi/Asasi/A-Level/Diploma/STPM
atau yang setaraf dengannya dan mereka yang dalam pengajian dengan institusi berkenaan, yang sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA sekurangkurangnya 3.0 dan ke atas.
ii. Sifat kepimpinan yang tinggi dan penglibatan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum merupakan
kriteria tambahan yang boleh menyokong permohonan (sila kepilkan salinan sijil/dokumen
yang telah disahkan)
iii. Pilihan kursus yang ditawarkan adalah terbuka kepada semua kursus pengajian Ijazah Sarjana
Muda.

(B) Proses Permohonan

i. Permohonan hendaklah dibuat secara “online” melalui laman web Yayasan Sarawak
www.yayasansarawak.org.my .

ii. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi masing-masing beserta salinan dokumen
sokongan dan sijil yang sudah disahkan ;

- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching
Tel : (082) 416 353 Fax: (082) 428 353

- Curtin University of Technology Miri Campus
CDT 250, 98000 Miri
Tel : (085) 443 939 Fax : (085) 443 838

- University College of Technology Sarawak
868 Persiaran Brooke, 96000 Sibu
Tel : (084) 367300 Fax : (084) 367301

iii. Hanya calon yang telah disenaraipendek dan ditapis sahaja akan dipanggil menghadiri
temuduga.

(C) Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan hendaklah sampai ke alamat seperti pada perenggan B(ii) selewat-lewatnya pada
JUMAT, 7 APRIL 2017

Cara memohon
Info Cara Memohon klik disini Info lanjut klik disini
Permohonan Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak Sesi Pengajian 2017/2018 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Permohonan Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak Sesi Pengajian 2017/2018"

Back To Top