Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2017

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2017

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2017

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Kelayakan Memohon
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2016
seperti berikut:-
 (a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
 (b) Calon STPM : 4 Prinsipal A

4. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
5. Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Tarikh Tutup
7 April 2017

Cara Memohon
Info Cara Memohon klik disini Info lanjut klik disini
Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2017 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2017"

Back To Top