Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Tawaran Pinjaman Pelajaran 2017 - Yayasan Selangor

Tawaran Pinjaman Pelajaran 2017 - Yayasan Selangor

Tawaran Pinjaman Pelajaran 2017

Tawaran Pinjaman Pelajaran 2017 (Tambahan). Bagi pemegang pinjaman pelajaran yayasan selangor sedia ada menyambung pengajian dari peringkat  diploma  ke  ijazah bagi sesi pengajian 2017

Yayasan Selangor membuka tawaran kepada pelajar-pelajar peminjam Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor sedia ada yang tamat pengajian di peringkat  Diploma ke Ijazah layak memohon Pinjaman Pelajaran Tambahan Yayasan Selangor bagi sesi Januari 2017 dengan syarat dan kaedah seperti berikut Kelayakan pemohon  :
1. Pemohon merupakan peminjam Pinjaman Pelajaran sedia ada Yayasan Selangor di  peringkat  Diploma.
2. Pemohon mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat  Ijazah  di IPTA / IPTS tempatan sahaja.
3. Tempat terhad, keutamaan kepada  pemohon yang mencapai kelulusan akademik yang baik (CGPA 3.0 ke atas).

Cara memohon  :
1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Tambahan Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh diperolehi di Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor.
2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dilampirkan dengan salinan dokumen yang  diperlukan dan hendaklah di hantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor.
3. Tempat terhad dan keutamaan diberikan pada pemohon yang menghantar borang permohonan lebih awal (first come first serve).

Tarikh tawaran  :
1. Tawaran Pinjaman Pelajaran (Tambahan) ini dibuka mulai 9 Januari 2017 .

Sebarang pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang hendaklah di alamatkan  seperti berikut:
Pengurus Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7955 1212  samb. 153/188/162
Faks: 03-7954 1862

For more information on the scholarships and application procedures please visit Yayasan Selangor website at here
Tawaran Pinjaman Pelajaran 2017 - Yayasan Selangor Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Tawaran Pinjaman Pelajaran 2017 - Yayasan Selangor"

Back To Top