Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Program Khas Universiti Islam Madinah 2017

Program Khas Universiti Islam Madinah 2017

Program Khas Universiti Islam Madinah 2017

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan pinjaman boleh ubah bagi pengajian ijazah sarjana muda pengajian al-quran & ijazah sarjana muda bahasa arab 2017 di universiti islam madinah, arab saudi. calon yang memenuhi syarat kelayakan dijemput untuk memohon tawaran ini.

Syarat AM
Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

- Warganegara Malaysia.
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU
- Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung
- Permohonan ini hanya dibuka kepada pemohon lelaki sahaja.

Syarat Khusus
SPM 2016
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi kepujian sekurang-kurangnya Gred B, bagi semua mata pelajaran diambil ; DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah ; ATAU
- Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.

STAM 2016
- Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM ; DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid bagi setiap mata pelajaran ; DAN
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian sekurang-kurangnya Gred B,bagi semua mata pelajaran yang diambil ; SERTA
- Memperolehi sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil
Menengah Agama Tahfiz AlQuran ( SMATQ ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah ; ATAU
- Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.

Cara Memohon :
1. Muat turun borang permohonan di:
a. Laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my
b. Laman web rasmi Jabatan Agama Islam Selangor disini 1. Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan hendaklah dihantar sebelum atau pada 24 Mac 2017 ke alamat seperti berikut:
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 3, Menara Utara,Bangunan Sultan Idris Shah,
40676, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

1. Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk  temuduga.
1. Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan selepas tempoh 4 minggu daripada tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS di talian 03-5514 3576.

For more information on the scholarships and application procedures please visit TKWBNS website at here
Program Khas Universiti Islam Madinah 2017 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Program Khas Universiti Islam Madinah 2017"

Back To Top