Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Peneraju Tunas Potensi 2017

Peneraju Tunas Potensi 2017

Peneraju Tunas Potensi 2017

Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2017 merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasa SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah (RM4,000 ke bawah) dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan 2017 ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup (termasuk penginapan), elaun buku dan sokongan pembangunan insaniah.

Peringkat Pengajian : Tajaan Dalam Negara
Dari Pengajian Asas sehingga Ijazah Sarjana Muda di IPTS terpilih sahaja.

Syarat-syarat Kelayakan:
1. Bumiputera Warganegara Malaysia  (Lepasan SPM/STPM 2016)
2. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
3. Keputusan Peperiksaan Percubaan
SPM – minima 5A-*
STPM – minima 2A*

Tempoh Program :
4 - 5 tahun*
*berbeza mengikut kursus pengajian

Pembiayaan Merangkumi :
- Yuran Pengajian
- Elaun bulanan (termasuk penginapan )
- Elaun buku
- Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar

Peringkat Pengajian : Tajaan Luar Negara
Daripada A-level (di dalam negara sahaja) sehingga Ijazah Sarjana Muda (50 universiti terkemuka di dunia sahaja).

Syarat-syarat Kelayakan:
1. Bumiputera Warganegara Malaysia  (Lepasan SPM 2016)
2. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan  (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
3. Keputusan Peperiksaan Percubaan
SPM – minima 8A

Tempoh Program :
A-Level – maksimum 2 tahun
Ijazah Sarjana Muda – maksimum 3 - 4 tahun*
*berbeza mengikut kursus pengajian

Pembiayaan Merangkumi :
- Yuran Pengajian
- Elaun bulanan (termasuk penginapan )
- Elaun buku
- Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar
- Elaun-elaun lain yang berkaitan (hanya untuk tajaan luar negara SAHAJA)

Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada Soalan-soalan Lazim dan Senarai Kursus dan Institusi terlebih dahulu.

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila klik disini Tarikh Tutup
Permohonan akan ditutup pada 30 Mac 2017 (Khamis) pada pukul 11:59 malam.

Info lanjut klik disini
Peneraju Tunas Potensi 2017 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Peneraju Tunas Potensi 2017"

Back To Top