Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman-BPTAR 2017

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman 2017

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman- BPTAR 2017

BPTAR 2017 ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Syarat-Syarat Permohonan

1. Warganegara Malaysia.
2. Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
3. Berlatarbelakang keluarga miskin.
4. Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon. Kadar Bantuan Dan Cara Bayaran

Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR dan disalurkan melalui pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.

Pengesahan Pendapatan Keluarga

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).

Permohonan
Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Tarikh permohonan dibuka : 01 September 2017
Tarikh permohonan ditutup : 30 September 2017

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti (Awam) anda.

Info lanjut klik disini

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman-BPTAR 2017"

Back To Top