Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Biasiswa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2016

Biasiswa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2016

Biasiswa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2016

Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar 2016” adalah satu skim biasiswa  khas 2016 yang ditawarkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin, berbudi bahasa dan berhemah tinggi bagi kepentingan Ugama, Negara dan Raja dalam tempoh jangka masa panjang.

Tujuan Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar”
- Memberi peransang serta dorongan kepada penuntut yang memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan di Peringkat Lanjutan atau yang sebanding dengannya.
- Mengetengahkan penuntut-penuntut yang berpotensi bagi mengikuti kursus-kursus yang diutamakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dari semasa ke semasa.
- Memberi penghargaan ke atas kejayaan penuntut-penuntut tersebut dan juga akan dapat meningkatkan motivasi penuntut tersebut untuk terus berusaha dan belajar.
- Meningkatkan lagi bilangan tenaga manusia di kalangan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang terlatih dan profesional bagi keperluan Negara Brunei Darussalam. Syarat-Syarat Kelayakan
Penuntut-penuntut yang ditawarkan bagi mengikuti Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” ini mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan Khusus dan Am seperti berikut:

Syarat-Syarat Kelayakan Khusus:
1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2. Lulus sekurang-kurangnya tiga (3) mata-pelajaran yang bersesuaian dengan mendapat Gred A dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan atau yang sebanding dengannya. Kelulusan bagi semua matapelajaran berkenaan hendaklah diperolehi dalam sekali duduk peperiksaan sahaja.
3. Lulus dengan cemerlang iaitu Gred A dalam semua matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan bahasa kedua seperti Bahasa Arab / Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei
Cambridge Peringkat Biasa atau peringkat yang diiktiraf oleh Kerajaan yang sebanding dengannya.
4. Lulus sekurang-kurangnya lapan (8) mata-pelajaran dengan mendapat pangkat Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Ugama. Kelulusan bagi semua matapelajaran berkenaan hendaklah diperolehi dalam sekali duduk sahaja.
5. Lulus dengan mendapat pangkat Mumtaz dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan bahasa kedua seperti Bahasa Arab dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama.
6. Telah mendapat tempat atau diterima masuk di mana-mana universiti dalam 5 senarai universiti teratas di United Kingdom.

Syarat-syarat kelayakan adalah bagi melanjutkan kursus Ijazah Pertama dalam bidang Sains dan Kejuruteraan; Teknologi; Bidang Perubatan; Bidang Ekonomi dan Kewangan; Bidang Sosial Sains dan Kesenian; dan Pengajian Ugama Islam.

Syarat-Syarat Kelayakan Am:
1. Mempunyai rekod sekolah yang cemerlang
2. Aktif dalam kegiatan sekolah atau luar sekolah termasuk aktiviti persekolahan, kelakuan dan keperibadian yang cemerlang.
3. Mempunyai kecemerlangan dan ketekunan dalam penghayatan Konsep Melayu Islam Beraja.
4. Diterima masuk oleh Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
5. Bersih dalam tapisan dan tidak terlibat dalam politik, menyeleweng dari Ahli Sunnah Wal Jamaah dan disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan.

Penganugerahan “Sultan’s Scholar”
Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” ditawarkan kepada penuntut-penuntut terpilih yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Peringkat Lanjutan atau yang sebanding dengannya bagi mengikuti kursus peringkat Ijazah Pertama di Universiti yang berprestij dan dikenal pasti oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Elaun / Kemudahan
Berbagai kemudahan diberikan kepada penuntut-penuntut yang berjaya mengikuti Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” ini, seperti:
- Bayaran pengajian
- Tambang penerbangan
- Elaun sara hidup bulanan, elaun perjalanan dan elaun rumah
- Elaun buku
- Elaun “Dissertation”/Projek
- Jubah siswazah
- Pengiriman barang-barang persendirian
- Lain-lain elaun; elaun pakaian, elaun “settling” khas, elaun alat-alat pembelajaran, elaun lawatan pendidikan dan wang simpanan.

Maklumat Lanjut:
Bahagian Pendidikan
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Tingkat 3,
Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Bandar Seri Begawan BS8711
Tel: 2232731/2/3/4 Fax: 2232747
Emel: pendidikan_yshhb@yahoo.com

Info lanjut klik disini
Biasiswa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2016 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Biasiswa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2016"

Back To Top