Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Tabung Pendidikan PDT 2016 Kerajaan Negeri Johor & Yayasan Pelajaran Johor

Kerajaan Negeri Johor melalui Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan Yayasan Pelajaran Johor menyediakan Bantuan Program Ijazah Sarjana (Masters) melalui Tabung Pendidikan PDT 2016 kepada calon-calon Anak Johor yang berkelayakan tahun 2016 ini.

Tabung Pendidikan PDT 2016 Kerajaan Negeri Johor & Yayasan Pelajaran Johor

Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) adalah satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Bajet 2016 dalam usaha membangukan modal insan di negeri Malaysia ini.

Tabung Pendidikan PDT tahun 2016 ini akan menyumbang sebanyak RM10 ribu seorang kepada mahasiswa yang mengikuti program Ijazah Sarjana di IPTA tempatan.

Syarat-Syarat Bantuan Tabung Pendidikan PDT 2016

1) SYARAT AM
1) Terbuka kepada pelajar peringkat Ijazah sarjana sahaja
2) Pemohon mestilah menetap di negeri Johor
3) Keutamaan adalah kepada pemohon yang lahir dinegeri Johor
4) Tiada had umur
5) Mengikuti pengajian ijazah sarjana secara sepenuh/separuh masa di IPTA
6) Bagi pemohon yang masih tidak bekerja: sekiranya pemohon/keluarga berdaftar dengan e-kasih maka perlu mendapatkan pengesahan dari pejabat daerah, sekiranya tidak
berdaftar, pendapatan keluarga adalah tidak melebihi RM 4,000 sebulan dan perlu disahkan oleh wakil rakyat/ ADUN kawasan
7) Pemohon yang sedang dalam tempoh perkhidmatan, pendapatan pemohon adalah tidak melebihi RM 4,000 sebulan
8) Mode pengajian adalah coursework/research/mixed mode
9) Tempoh mengikuti program mestilah berbaki lebih dari 2 semester dari tempoh permohonan.

2) DOKUMEN WAJIB
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai gred A atau yang setaraf dengannya)
1) Dokumen sokongan pemohon menetap di Negeri Johor (Alamat di IC/ Sijil persekolahan rendah DAN menengah)
2) Surat tawaran kemasukan ke universiti
3) Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga
4) Salinan penyata pendapatan :
a) Slip gaji / penyata pencen ibubapa ATAU
b) Slip gaji pemohon (bagi yang sedang dalam tempoh perkhidmatan sahaja)
5) Sijil Kematian/penceraian (jika berkaitan)
6) Sijil penyertaan program/aktiviti diperingkat negeri (jika berkaitan).

PENTING!
a) Kelulusan / Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak PDT tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan
yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan;
b) PDT berhak untuk membuat sebarang perubahan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu;
c) PDT berhak menarik balik tawaran sekiranya didapati pemohon memberi maklumat palsu; dan
d) Permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati arahan, dan tidak memenuhi syarat kelayakan sebagaimana yang dinyatakan tidak akan diproses/ dipertimbangkan.

3) CARA MEMOHON
1) Sila muat turun borang permohonan di laman web rasmi YPJ www.ypj.gov.my
2) Lengkapkan borang permohonan dan hantarkan bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan (rujuk perenggan 2) di alamat seperti berikut :

No. 15, Bangunan YPJ,
Jalan Nuri, Larkin Jaya,
Kg Dato’ Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Ta'zim

07- 234 4355
07- 234 4434

4) TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1) Borang permohonan online boleh di muat turun sehingga 25 March 2016
2) Serahan borang permohonan online dan dokumen sokongan yang lengkap ke YPJ selewat-lewatnya pada 30 March 2016

Untuk maklumat lanjut hubungi Unit Bantuan Pendidikan YPJ 072344355
Muat turun Borang Permohonan Bantuan tabung Pendidikan PDT 2016 disini.

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Tabung Pendidikan PDT 2016 Kerajaan Negeri Johor & Yayasan Pelajaran Johor"

Back To Top