Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Biasiswa Sukan IPT 2016 - Kementerian Pendidikan Tinggi

Biasiswa Sukan IPT 2016 - Kementerian Pendidikan Tinggi
   
Biasiswa Sukan IPT 2016 ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
Biasiswa Sukan IPT 2016 - Kementerian Pendidikan Tinggi

Tawaran Biasiswa Sukan 2016 ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Penerima Biasiswa Sukan IPT 2016 ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan :

1.145 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah)
1.230 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama
1.325 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma

2.Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
 
3.Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
 
4.Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi / berpendapatan tetap.
 
5.Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
 
6.Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
 
6.1Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
6.2
Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
 
7.Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian  sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau PINGAT EMAS di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)  sebelum tarikh tutup permohonan.
 
ELAUN DAN KEMUDAHAN
 
1.Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
2.Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
3.Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan.

Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa)
RM 1000 sebulan
Kategori 2 (Atlet Senior/ Junior Antarabangsa)
RM 500 sebulan
Kategori 3 (Atlet Kebangsaan)
RM 250 sebulan
 
4.Perlindungan Insuran Sukan dan Kad Perubatan
 
 KAEDAH PERMOHONAN
 
1.Permohonan dibuka secara atas talian bermula pada 15 Mac sehingga 30 Mac 2016.
 
2.Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Kementerian di url https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/
 
3.Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA.

4.Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 7 April 2016 – 14 April 2016 (tertakluk kepada pindaan)
 
5.Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT 2016 masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
 
6.Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan.
 
PERTANYAAN
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
 
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 2, NO 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5,
62200 W. P. PUTRAJAYA


(u.p. : Encik Abu Kasim Bin Hassan / Puan Nurulhuda Binti Mohd Akhir)
Tel : 03-8870 6143 / 6581
Faks : 03-8870 6824
Emel : abukasim@mohe.gov.my / huda@mohe.gov.my
*Waktu pejabat SAHAJA [8.:30 pagi hingga 4:30 petang]

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Biasiswa Sukan IPT 2016 - Kementerian Pendidikan Tinggi"

Back To Top