Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa 2016

Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa 2016
Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa 2016 kini dibuka!

Anugerah dibahagikan mengikut tiga kategori peperiksaan iaitu UPSR, PT3 dan SPM adalah terbuka kepada pelajar cemerlang yang menduduki peperiksaan berkenaan pada tahun 2015. Calon-calon mestilah memperoleh pencapaian minimum 5A untuk UPSR, 8A untuk PT3 dan 9A untuk SPM.

Hanya pelajar yang telah menjadi ahli Kelab TaHa sekurang-kurangnya pada tahun 2015 sahaja layak dicalonkan untuk menerima anugerah ini.
Selain cemerlang akademik, pelajar juga mestilah menunjukkan sahsiah terpuji, aktif dalam kegiatan kokurikulum dan menyertai program Kelab TaHa serta aktif menabung dalam Tabung Haji.

Hanya 100 orang pelajar cemerlang (50 orang pelajar UPSR, 30 orang pelajar PT3 dan 20 orang pelajar SPM) akan dipilih untuk menerima wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.
SYARAT DAN PERATURAN:
1.Pelajar mestilah telah menjadi ahli Kelab TaHa sekurang-kurangnya pada tahun 2015.

2.Pelajar perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web TH atau 
diperoleh di mana-mana pejabat TH yang berhampiran. 

3.Pelajar juga perlu melengkapkan slogan di dalam borang penyertaan. 


4.Pelajar dikehendaki menyertakan salinan kad pengenalan, sijil/slip peperiksaan UPSR/PT3/SPM, sijil 
kegiatan kokurikulum, sijil penyertaan program Kelab TaHa yang pernah disertai serta nombor
keahlian 
Kelab TaHa. 


5.Anak-anak anggota Lembaga Tabung Haji TIDAK LAYAK menyertai pencalonan anugerah ini. 

6.Borang-borang yang tidak lengkap, tidak jelas, tidak mematuhi syarat dan peraturan akan dibatalkan 
penyertaannya. 


7.Tarikh tutup penyertaan adalah seperti berikut:
* Kategori UPSR dan PT3 - 15 Mac 2016 (Selasa)
* Kategori SPM - 1 April 2016 (Jumaat).

8.Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.
9.Keputusan penganjur adalah muktamad. Segala bantahan atau rayuan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.

Muat turun borang penyertaan Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa 2016 disini.
Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa 2016 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa 2016"

Back To Top