Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Tabung Kewangan Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) 2016

Tabung Kewangan Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) 2016
Kerajaan Negeri Selangor mempelawa semua pelajar yang memenuhi kelayakan untuk memohon Tabung Kewangan Biasiswa Negeri Selangor 2016. Biasiswa Selangorku untuk pelajar KUIS & UNISEL sahaja.

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) merupakan satu bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi.

Pinjaman yang diberi adalah bermula dari peringkat sijil hinggalah peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian  di dalam negara yang tersenarai dalam senarai institusi yang menerima tajaan dari TKWBNS. Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.

Syarat-syarat untuk memohon Tabung Kewangan Biasiswa Negeri Selangor
1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

Peringkat Kelahiran :
- Pemohon lahir di Negeri Selangor ; Atau
- Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; Atau
- Pemohon telah bermastautin lebih (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada Adun/Penghulu/Pengerusi  JKKK/Ketua Kampung.

Peringkat Pengajian :
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/Luar kampus (PLK) tidak layak memohon);
Penajaan :
- Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja;
Pencapaian Akademik :
- Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik diberi keutamaan.

Cara memohon TKWBNS secara atas talian

Pemohon yang ingin memohon secara atas talian boleh klik pada pautan sistem TKWBNS iaitu http://tkwbns.selangor.gov.my/index2.php.
Tabung Kewangan Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) 2016 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Tabung Kewangan Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) 2016"

Back To Top