Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Biasiswa Zakat MAIK Scholarships 2016

Biasiswa Zakat MAIK Scholarships 2016

 Biasiswa Zakat MAIK Scholarships 2016

Biasiswa MAIK adalah bantuan kewangan pendidikan / biasiswa yang ditawarkan khas kepada pelajar kelahiran negeri Kelantan. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) menyediakan inisiatif bantuan kewangan pendidikan kepada calon pelajar daripada golongan berpendapatan rendah yang memerlukan, bagi melanjutkan pelajaran mereka ke Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA) bagi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Permohonan Bantuan MAIK 2016
- Khas untuk diploma dan Ijazah sahaja.
- Hantar borang selepas 1 bulan dari tarikh memohon.
- Buat permohonan dan hantar borang sebelum pendaftaran, atau paling lewat 2 bulan selepas daftar.
- Tiada biasiswa lain.
- Pendapatan keluarga rendah.
- Dokumen untuk memohon MAIK

Dokumen diperlukan untuk memohon Biasiswa MAIK 2016
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
- Salinan Surat Tawaran IPT.
- Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
- Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
- Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
- Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
- Salinan Slip pencen sekiranya bersara.

Cara Memohon
Pelajar kelahiran negeri Kelantan yang berminat dan memenuhi syarat-syarat di atas dipersilakan untuk memohon Bantuan MAIK, dengan membuat permohonan  melayari pautan di bawah:

Isi Borang MAIK secara online disini.
Cetak Borang untuk dihantar kepada MAIK.
Semak Permohonan Biasiswa MAIK disini.

Address:
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
Jalan Sultan Yahya Petra,
Malaysia.
Phone:+60 9-748 1512

Share :

Facebook Twitter Google+
3 Komentar untuk "Biasiswa Zakat MAIK Scholarships 2016"

assalamualaikum,,yang ni biasiswa tajaan sepenuh masa ke????atau yang bantuAN zakat RM2500 tu??

assalamualaikum,,kalau pelajar ipts mohon biasiswa ni diterima tak?

Assalamualaikum..saya tak sempat nak mencetak permohonan zakat MAIK. Saya juga tidak mendapat sebarang nombor rujukan untuk mencetak borang saya. Bolehkah tuan/puan emel nombor rujukan saya di akhmaliana@yahoo.com.

Back To Top