Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Biasiswa Fair & Lovely 2016 Tajaan Unilever Malaysia

Biasiswa Fair & Lovely 2016 Tajaan Unilever Malaysia

Biasiswa Fair & Lovely 2016 Tajaan Unilever Malaysia

Fair & Lovely menawarkan biasiswa kepada para kaum wanita di Malaysia untuk melanjutkan pengajian tinggi dan mencapai impian mereka. Biasiswa yang ditaja oleh Fair & Lovely dan Unilever Malaysia berjumlah RM200,000*

Setiap wanita mempunyai impian… Fair & Lovely memahami hasrat mereka dan perlunya perancangan yang kukuh untuk menjamin masa hadapan. Intipati jenama Fair & Lovely iaitu ‘Mencipta semula hala tuju kehidupan’ memainkan peranan penting dalam membantu wanita untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi yang dimiliki.

Fair & Lovely memberi inspirasi bagi wanita supaya menjadi lebih berdikari dan kini menawarkan biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Biasiswa berjumlah RM200,000* ditawarkan oleh Fair & Lovely bertujuan membantu mahasiswi melanjutkan pengajian dan inilah langkah pertama bagi kaum wanita untuk mencapai impian mereka.

Kepada para mahasiswi di Malaysia, cabar dirimu! Ambil langkah pertama mencapai impianmu sekarang dengan memohon biasiswa di sini.

*Jumlah keseluruhan biasiswa yang akan dibahagikan kepada 40 penerima biasiswa.


Terma & Syarat Biasiswa Fail & Lovely 2016

MAKLUMAT KEMPEN
KEMPEN SINARI ASPIRASI FAIR & LOVELY (“Kempen”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (Co. No. 1532-V) (“Penganjur”). Kempen ini bermula pada 7 Januari 2015, 12:00pm dan berakhir pada 30 April 2016, 11:59pm (“Tempoh Kempen”).

Kempen ini berlangsung bersama dan selari dengan Permohonan Biasiswa Fair & Lovely Malaysia (“Biasiswa”).

KEMPEN SINARI ASPIRASI FAIR & LOVELY
TERMA DAN SYARAT
Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti sebelum anda (“Peserta”) menyertai Kempen ini. Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan menerima Terma dan Syarat ini dan terma-terma dalam Notis Privasi dan Dokumen Persetujuan tanpa pengecualian.

Penganjur, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah, berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu, termasuk hak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya, jika ia tidak memperoleh jumlah yang mencukupi yang layak penyertaan (“Penyertaan”) atau jika Kempen ini tidak mampu diteruskan atas apa jua alasan atau sebab-sebab lain selaras dengan Terma dan Syarat Kempen ini.

Sekiranya berlaku pertikaian, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat Kempen ini akan diguna pakai.

MAKLUMAT KEMPEN
KEMPEN SINARI ASPIRASI FAIR & LOVELY (“Kempen”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (Co. No. 1532-V) (“Penganjur”). Kempen ini bermula pada 7 Januari 2015, 12:00pm dan berakhir pada 30 April 2016, 11:59pm (“Tempoh Kempen”).

Kempen ini berlangsung bersama dan selari dengan Permohonan Biasiswa Fair & Lovely Malaysia (“Biasiswa”), yang mana Terma & Syaratnya boleh didapati di sini.

KELAYAKAN
Kempen ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia berumur 18 tahun ke atas (pada tarikh penyertaan dalam Kempen ini) dan memiliki Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga mereka sebelum menyertai Kempen ini dan mengemukakan surat kebenaran tersebut apabila diminta oleh Penganjur.

Para kakitangan, pemegang syer, pegawai, pengarah, ejen, pengedar dan wakil Penganjur serta setiap syarikat induk mereka, sekutu, bahagian, anak syarikat, ejen, wakil serta agensi Kempen dan pengiklanan, termasuk ahli-ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka menetap) dan mereka yang menetap bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga terdekat individu tersebut (sama ada berkaitan atau tidak), tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

Peserta boleh disingkirkan jika didapati melanggari Terma & Syarat Kempen ini dan/atau Penganjur berpendapat bahawa Peserta tidak menepati mana-mana kriteria penyertaan oleh Penganjur.

UNIVERSITI TERLIBAT
Berikut ialah universiti-universiti yang telah dipilih oleh Penganjur di mana warga siswinya layak untuk menerima Biasiswa Fair & Lovely.
Universiti-universiti yang terlibat tidak mempunyai sebarang maklumat tentang Kempen ini melainkan yang mereka disenaraikan dalam senarai penerima biasiswa yang layak. Oleh itu sebarang pertanyaan atau komen tentang Kempen ini perlu diajukan kepada Penganjur dan/atau wakil-wakilnya sahaja. Pihak-pihak universiti tidak mempunyai kewajipan untuk melayan sebarang pertanyaan atau komen tentang Kempen ini.
Senarai universiti serta hashtag:
Nama Universiti    Hashtag
Universiti Malaya (UM)    #UM_FAL
Universiti Teknologi MARA (UiTM)    #UITM_FAL
Universiti Sains Malaysia (USM)    #USM_FAL
Universiti Putra Malaysia (UPM)    #UPM_FAL
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)    #UKM_FAL
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)    #UTM_FAL
Universiti Utara Malaysia (UUM)    #UUM_FAL
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)    #UPSI_FAL
Universiti Malaysia Pahang (UMP)    #UMP_FAL
Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS)    #UNIMAS_FAL
Universiti Malaysia Sabah (UMS)    #UMS_FAL
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)    #UNISZA_FAL
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)    #USIM_FAL
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)    #UTHM_FAL
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)    #UTEM_FAL
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)    #UNIMAP_FAL
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)    #UMK_FAL
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)    #UPNM_FAL
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)    #UMT_FAL
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)    #UIAM_FAL

Warga siswi dari universiti yang paling bersinar layak untuk menerima Biasiswa Fair & Lovely;
Siswi yang berminat perlu memohon Biasiswa Fair & Lovely semasa atau selepas Tempoh Kempen;
Penerima biasiswa tidak semestinya turut serta dalam Kempen ini;
Bagi Terma & Syarat khusus Biasiswa Fair & Lovely, sila rujuk disini.

CARA PERMOHONAN
1. Layari web https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/
2. Klik butang “Mohon Biasiswa”
3. Klik butang “Sambung” untuk sambungkan ke akaun Facebook anda
4. Isi dan lengkapkan borang permohonan online yang dipaparkan.

Untuk maklumat lanjut biasiswa Fair & Lovely 2016 dan terma dan syarat, sila rujuk laman web Fair & Lovely disini.

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Biasiswa Fair & Lovely 2016 Tajaan Unilever Malaysia"

Back To Top