Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2016 Scholarships

Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2016 Scholarships
Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2016. Federal Territories Foundation Scholarships 2016. Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Sesi Pengajian 2016.

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan daripada Anak-Anak Wilayak Persekutuan unutk memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP bagi melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa.

Biasiswa kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam peringkat ijazah pertama sahaja.
Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2016

KELAYAKAN AKADEMIK
* Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
* Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM, Matrikulasi, Asasi, Pra-Universiti, Foundation dan Diploma.

KEUTAMAAN BIDANG-BIDANG PENGAJIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
a) Undang-undang
b) Perakaunan

c) Kejuruteraan

d) Senibina
e) Teknologi Komputer dan Maklumat
f) Ekonomi
g) Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaa.
h) Psikologi dan Kaunseling
i) Veterinar
.
j) Akaun / Kewangan.
k) Sains Sosial
l) Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP.
SYARAT-SYARAT AM

* Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
* Pemohon / Ibu / Bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan Pengajian di peringkat ijazah pertama sahaja.
* Mempunyai sahsiah diri dan personaliti yang baik.
* Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
* Tawaran adalah tertakluk kepada:
- Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam
- Kemasukan ke semester 1, tahun 1.
- Pengajian secara sepenuh masa.

PERINGATAN
* Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.
* Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.
* Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup : 05 Februari 2016 (Kemasukan FEB / MAC).
Tarikh tutup : 12 Ogos 2016 (Kemasukan September).

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi YWP di www.yayasanwp.org.my

Alamat
YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 11, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073
Faks :+603 2698 3075

Muat turun orang permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) disini.

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2016 Scholarships"

Back To Top