Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Biasiswa Peneraju Tunas Potensi Scholarship Program 2016


Biasiswa Peneraju Tunas Potensi Scholarship Program 2016

Biasiswa Peneraju Tunas Potensi Scholarship Program 2016
Tawaran program pembiayaan pendidikan - Biasiswa Tunas Potensi 2016 ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup dan sokongan pembangunan insaniah.

Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2016

Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM 2015 yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Syarat-syarat Kelayakan:
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:

1. Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
2. Keputusan Percubaan Peperiksaan SPM/STPM:
SPM 2015
* Calon Persediaan Ke Luar Negara    :
- Minima 8A
- Sekurang-kurangnya A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi
* Calon Kursus Sains Kesihatan  
- Minima 8A-  
- (Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Biologi, Kimia dan Matematik)
* Calon Kursus Kejuruteraan  
- Minima 7A-  
- (Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Fizik/Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan).
* Calon Kursus Lain-Lain  
- Minima 5A-  
- (Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah).

STPM 2015
- Minima 2A-  
- (Mendapat Minima 5A- bagi SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah).

3. Jumlah pendapatan atau gaji kasar ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan.
4. Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.

Sila semak senarai kursus dan institusi pengajian (beserta kelayakan minima) di bawah tajaan Yayasan Peneraju dan Soalan-Soalan Lazim sebelum membuat permohonan disini.

Permohonan :
Untuk memohon, sila muat turun dan cetak borang permohonan dibawah ni
* Borang Permohonan
* Senarai Dokumen

dan hantar bersama-sama dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum
26 Februari 2016 (Jumaat):

Peneraju Tunas Potensi 2016
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpu
r.

Sila lanjutkan sebarang pertanyaan mengenai program pembiayaan ini kepada tunaspotensi2016@yayasanpeneraju.com.my
Biasiswa Peneraju Tunas Potensi Scholarship Program 2016 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Biasiswa Peneraju Tunas Potensi Scholarship Program 2016"

Back To Top