Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

SKIM Tenaga Akademik Baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor

SKIM TENAGA AKADEMIK BARU (STAB) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA JOHOR

Tujuan program STAB ini diwujudkan adalah bagi membolehkan UTHM mengenal pasti calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar mengikut keperluan disiplin di masa hadapan.

Calon yang berkelayakan akan ditaja melanjutkan pengajian melalui program Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) / Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SKIM Tenaga Akademik Baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor
Calon dipelawa untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran di dalam / luar negara. Bagi permohonan pengajian di Luar Negara, calon mestilah mendapat tempat pengajian di Universiti yang tersenarai dalam 200 universiti terbaik dunia oleh Times Higher Education (THE) atau QS Top 100 Disciplines mengikut bidang.

ELAUN YANG DITAWARKAN
Calon adalah layak dipertimbangkan elaun dan kemudahan berdasarkan kadar yang berkuat kuasa. Calon juga akan dibayar Elaun Peribadi berdasarkan kelayakan dan kadar berikut:
(a) Memiliki kelayakan Sarjana Muda = RM 2,200.00 sebulan
(b) Memiliki kelayakan Sarjana = RM 2,600 sebulan.

IKATAN PERJANJIAN
Setiap calon yang ditawarkan mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama UTHM selaku majikan dan KPM bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Calon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia.
2. Bagi program tajaan di bawab SLAB, hanya calon bumiputera sahaja layak memohon.
3. Syarat Akademik:
(a) Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan Kelas Pertama atau CGPA 3.70 dan ke atas; ATAU
(b) Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Tertinggi atau CGPA 3.0 ke atas, DAN memiliki Ijazah Sarjana yang cemerlang dalam bidang berkaitan.
4. Calon disyaratkan memenuhi keperluan IELTS/TOEFL seperti ketetapan berikut (sebelum memulakan pengajian) :

Tempat Pengajian Dalam Negara.
Skor minimum:
IELTS : 6.0
TOEFL (Paper) : 500
TOEFL (Internet) : 61

Tempat Pengajian Luar Negara
(megikut ketetapan universiti pengajian)
Skor minimum:
IELTS : 6.5
TOEFL (Paper) : 600
TOEFL (Internet) : 92

5. Berumur tidak kurang 21 tahun dan tidak melebihi 40 tahun ketika tarikh permohonan.
6. Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.
7. Tidak menerima sebarang ikatan perjanjian dengan pihak yang lain, dan tidak menerima
sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja.
8. Calon yang pernah mengikuti program PhD di mana-mana IPT tempatan atau luar negara
dan gagal dalam pengajian program tersebut adalah tidak layak memohon.
9. Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.


TAWARAN KEPADA CALON YANG BERJAYA

1. Sekiranya terpilih, calon adalah diberi tempoh maksimum sehingga sembilan (9) bulan untuk
membuat persediaan dan menyempurnakan keperluan untuk memulakan pengajian.
Sepanjang tempoh ini, tiada sebarang elaun akan dibayar.
2. Dalam tempoh tersebut, calon dikehendaki memenuhi syarat yang ditetapkan oleh UTHM
seperti berikut:
(a) Menghadiri dengan jayanya kursus-kursus wajib yang berkaitan
(b) Memenuhi syarat kelayakan IELTS/TOEFL
(c) Mengemukakan permohonan yang lengkap berkaitan cadangan penyelidikan (research
proposal) berserta perancangan pengajian (study plan)
(d) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh UTHM
3. Sekiranya calon sedang berkhidmat dengan mana-mana organisasi, maka perkhidmatan
tersebut perlu dilepaskan/ditamatkan sebelum memulakan pengajian.

PERHATIAN
1. Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak UTHM dalam tempoh 6 bulan dari tarikh permohonan dikemukakan, permohonan tersebut adalah dianggap tidak berjaya.
2. Permohonan akan diproses tertakluk kepada kekosongan bidang semasa di Fakulti/Pusat yang dipohon.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
4. UTHM berhak membatalkan permohonan/tawaran dengan serta merta tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya didapati pada bila-bila masa bahawa maklumat palsu diberikan dalam mana-mana dokumen yang dikemukakan kepada Universiti berkaitan permohonan ini. 

Iklan rasmi SKIM Tenaga Akademik Baru (STAB) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan cara permohonan, sila layari laman sesawang UTHM disini.
SKIM Tenaga Akademik Baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "SKIM Tenaga Akademik Baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor"

Back To Top