Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

SKIM BIASISWA MyBrainSc Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2016 / 2017

Biasiswa MyBrainSc Tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Sesi Akademik 2016 / 2017

Biasiswa Kerajaan 2016 / 2017 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan bagi penajaan Biasiswa MyBrainSc (Sains Tulen) akan dibuka oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Siswazah pada 04 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016.

Biasiswa Kerajaan 2016 - MyBrainSC Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)


PENGENALAN PROGRAM
Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
BIDANG PENGAJIAN
Fizik
Biologi
Kimia
Matematik

SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:

1) Ph.D;

- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
- Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.

2) Sarjana;
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
- Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.

3) Ijazah pertama;
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
- Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;
- Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; dan
- Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

D. PERJANJIAN
Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;
- Calon diberhentikan oleh pihak IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
- Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.

KAEDAH PEMILIHAN
- Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan
- Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik; dan
- Pemilihan bersama dengan agensi penaja lain seperti JPA, MARA dan lain-lain.

Permohonan dibuka setahun sekali.
Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPM.
Muat turun borang permohonan disini.

Maklumat lanjut tawaran Iklan Rasmi Biasiswa MyBrainSc Tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Sesi Akademik 2016 / 2017, sila layari laman sesawang biasiswa MOHE Ministry of Higher Education disini.
SKIM BIASISWA MyBrainSc Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2016 / 2017 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "SKIM BIASISWA MyBrainSc Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2016 / 2017"

Back To Top