Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Biasiswa MARA, MJHEP Pasca Siswazah - Master / PHD Scholarships 2016 / 2017

PERMOHONAN BIASISWA PASCA SISWAZAH KEJURUTERAAN DAN SAINS DI UNIVERSITI JEPUN SESI AKADEMIK 2016/2017

TAJAAN PROGRAM PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA JEPUN [MJHEP]
YAYASAN PELAJARAN MARA [YPM]

Calon-calon Bumiputra yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk memohon skim pembiayaan Pasca Siswazah bagi bidang Kejuruteraan dan Sains seperti yang dinyatakan di bawah:
Biasiswa MARA 2016 / 2017 - Master / PhD Scholarships

Biasiswa MARA, MJHEP Pasca Siswazah - Master / PHD Scholarships 2016 / 2017

1. Kejuruteraan [Automotif/Mekanikal/Elektrikal/Elektronik/Mekatronik]
2. Sains / Kejuruteraan Komputer
3. Sains [Matematik / Fizik / Kimia]
4. Nanoteknologi
5. Bioteknologi
6. dan lain-lain bidang yang berkaitan dan teknologi terkini atau bidang lain yang dapat menyumbang kepada perkembangan industri di Malaysia.

TEMPOH MASA DAN SKIM PEMBIAYAAN BIASISWA / SCHOLARSHIPS
TEMPOH PEMBIAYAAN:
Dua [2] tahun tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana dan tiga [3] tahun tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana Kedoktoran [PhD].

KELAYAKAN MINIMUM:
1. Mendapat (Kepujian) dari universiti Jepun yang diiktiraf. Pelajar tahun akhir yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda (bagi permohonan Ijazah Sarjana)/ Ijazah Sarjana (bagi permohonan Ijazah Sarjana Kedoktoran [PhD]) di universiti-universiti Jepun yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga layak untuk memohon.
2. Keutamaan diberikan kepada kursus-kursus yang dapat menyumbang kepada keperluan pembangunan perindustrian Malaysia.
3. Mempunyai surat tawaran universiti untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana/ Ijazah Sarjana Kedoktoran [PhD] dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau surat pengesahan pelajar bagi mereka yang dalam pengajian.
Kertas Cadangan Tesis hendaklah ditulis sendiri oleh calon dan mendapat sokongan dan kelulusan bakal Penyelia/ Profesor.

Keutamaan akan diberikan kepada calon bergraduat tajaan YPM - Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi [DPPT] I, DPPT II, DPPT III dan MJHEP. Borang permohonan (emel) hendaklah dihantar ke alamat email info@jadypm.edu.my selewat-lewatnya 31 Ogos 2015 manakala borang permohonan (cetakan) beserta dokumen yang lengkap hendaklah sampai ke
Yayasan Pelajaran MARA seperti alamat di bawah selewat-lewatnya 7 September 2015.

PENGARAH PROJEK
YAYASAN PELAJARAN MARA
Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun [MJHEP]
No. 19, Jalan TPS 1/5
Taman Pelangi Semenyih
43500 Semenyih, Selangor
MALAYSIA

[U.P: Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar]

Tel: +03- 8723 4044/ 1563/ 2616/ 3039; Fax: +03-8723 3053
Email : info@jadypm.edu.my

Nota: Hanya calon yang layak dan memenuhi kriteria sahaja akan dihubungi.

1) Iklan permohonan, sila Klik disini.
2) Borang Permohonan Biasiswa Pasca Siswazah Kejuruteraan dan Sains Di Jepun Sesi Akademik 2016 / 2017, sila klik disini.
Biasiswa MARA, MJHEP Pasca Siswazah - Master / PHD Scholarships 2016 / 2017 Rating: 4.9 Posted By: Noor Mona

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Biasiswa MARA, MJHEP Pasca Siswazah - Master / PHD Scholarships 2016 / 2017"

Back To Top