Biasiswa 2017 | Malaysia Scholarships 2017 | Malaysia Grants 2017 | Biasiswa JPA 2017 | Shell Scholarships | Maybank Scholarships 2017 | PNB Scholarships | Petronas Scholarships | Tawaran Biasiswa Terkini | Biasiswa SLAM 2017

Biasiswa Monbukagakusho : MEXT Kerajaan Jepun 2015 - Ijazah Lanjutan

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Monbukagakusho : MEXT Bagi Pengajian Peringkat Ijazah Lanjutan. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 14 Mac 2014 sehingga 1 April 2014.


Biasiswa Monbukagakusho : MEXT Japan Scholarships 2015
Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2015 (Monbukagakusho : MEXT) Peringkat Ijazah Lanjutan 

Syarat-syarat permohonan :
- Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2015 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1980);
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana (minimum CGPA 3.4) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan); dan
- Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.

Bagi calon yang BUKAN merupakan kakitangan Kerajaan, calon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT).
**Bagi calon kakitangan Kerajaan, calon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan  seperti berikut :

- Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh kursus bermula (1 April 2015);
- Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P);
- Berkhidmat secara tetap;
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
- Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
- Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2011, 2012 & 2013);
- Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);
- Telah mengisytiharkan harta;
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA; dan
- Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.

Tempat : Jepun
Tempoh :1½ tahun (Oktober 2015 - Mac 2017) atau 2 tahun (April 2015 - Mac 2017)

Rujukan
- http://www.my.emb-japan.go.jp/
- Kenyataan Media / Press Release
- Guidelines

Kategori : Warganegara Malaysia
Kursus yang ditawarkan : Ijazah Lanjutan

Tarikh Tutup : 1 April 2014
Bagi calon BUKAN kakitangan Kerajaan, permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut;

JAPAN INFORMATION SERVICE
EMBASSY OF JAPAN
NO. 11, PERSIARAN STONOR
OFF JALAN TUN RAZAK
50450 KUALA LUMPUR


**Bagi calon kakitangan Kerajaan, calon dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut :
a. Borang JPA(L)LDP 1A/96
b. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010]
Borang permohonan yang telah lengkap diisi (2 salinan) hendaklah dihantar ke alamat berikut :

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA

(U/P : PUAN ANNA IZWANA BINTI RORZALI)

Sila layari page JPA Sponsorship 2015 untuk Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ).

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Biasiswa Monbukagakusho : MEXT Kerajaan Jepun 2015 - Ijazah Lanjutan"

Back To Top